bawa otak bukan pisau :)

Thursday, 6 September 2018

UKJK 2018 UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKJK) JAWATAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S41



Assalammualaikum dan salam sejahtera 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia kali Ke-61. Sayangi Malaysiaku. Alhamdulillah. Pada entry kali ini, saya akan berkongsi pengalaman saya sepanjang menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan Malaysia (UKJK) Jawatan Pegawai Belia Dan Sukan Gred S41 pada 3 September 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Serbaguna Iktbn Alor Gajah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Jalan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka.

Pendaftaran bermula pada 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi. Ujian ini berlangsung selama setengah hari. No badan yang diberikan kepada saya ialah 096. Peserta yang menghadiri UKJK pada hari tersebut adalah seramai 97 orang peserta. Lampiran di bawah ialah Panduan UKJK yang perlu dilalui oleh setiap calon.




Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan bagi memudahkan Tim Penilai menjalankan ujian ke atas calon. Kumpulan pertama diarahkan untuk menjalani latihan Indek Jisim Tubuh (BMI). Kumpulan kedua diarahkan untuk berada di kawasan Ujian genggaman tangan (Handgrip Test) manakala, saya di dalam kumpulan ke tiga, diarahkan oleh Tim Penilai untuk menjalani Ujian duduk dan jangkau (Sit and Reach).



1) Ujian duduk dan jangkau (Sit and Reach).

Calon menunggu giliran masing-masing sehingga akhirnya sampai ke giliran saya. Pada mulanya saya kurang yakin untuk melakukan ujian ini, hal ini kerana Notis Panggilan UKJK diberikan seminggu sebelum ujian berlangsung. Kebanyakan calon juga ramai yang kurang bersedia tetapi masing-masing tetap bersemangat untuk menjalani UKJK ini. Gambar di bawah ialah cara bagaimana untuk melakukan Ujian duduk dan jangkau :



Calon perlu melakukan ujian seperti yang dapat dilihat pada gambar di atas. Dengan bantuan penguji yang memberi tunjuk ajar serta batch mark yang perlu dicapai, saya telah berjaya mencapai jangkauan sehingga 39cm. Saya berumur 25 tahun, jantina perempuan. Gambar di bawah ialah mata yang akan diperolehi oleh setiap calon, dari 1 mata (lemah) hingga 5 mata (cemerlang):



Seperti yang dapat dilihat dalam jadual di atas, mengikut umur dan jantina saya, saya telah berjaya mendapatkan mata sebanyak 4 mata untuk ujian duduk dan jangkau ini.


2) Indek Jisim Tubuh (BMI).



Ujian kedua, kumpulan saya diarahkan untuk menjalani ujian BMI. Tiba giliran saya, saya naik ke atas penimbang berat digital dan bacaan penimbang menunjukkan berat saya pada hari tersebut ialah 54.1kg. Seterusnya saya diarahkan ke bahagian ukur ketinggian di mana ketinggian saya adalah pada 154 cm. Jika dikira BMI, 54.1 kg / (1.54 x 1.54) = 22.81. Jadual di bawah menunjukkan mata bagi Ujian BMI yang akan diperolehi oleh calon :



Berdasarkan jadual di atas, mata yang berjaya diperolehi oleh saya adalah sebanyak 5 mata di mana nilai BMI adalah di antara (22.7 – 23.9).


3) Ujian genggaman tangan (HANDGRIP TEST).

Ujian ketiga pula ialah ujian genggaman tangan (hand grip). Pada ujian kali ini, pihak penguji memberikan calon 2 peluang.




Hand grip pertama saya adalah pada nilai 27 kg manakala test hand grip kedua saya, saya telah mendapatkan nilai 31.7 kg, secara nilaian mata, seperti jadual di bawah saya berjaya mendapatkan 4 mata untuk Hand grip test ini.



4) Ujian bangun tubi 1 minit (1 mins CURL UP TEST)

Selesai ketiga-tiga kumpulan menjalani ketiga-tiga ujian iaitu Ujian Duduk dan Jangkau, BMI Test dan Hand grip test, kami ke ujian kecergasan seterusnya iaitu ujian bangun tubi. Calon diarahkan untuk berada di kiri kanan dewan dan menunggu giliran dipanggil. 8 orang calon akan diperhatikan  oleh 8 orang penguji. Calon dipanggil mengikut turutan no.badan yang diberikan. Calon diberikan masa selama 1 minit untuk melakukan ujian ini sebanyak mana yang boleh. Gambar di bawah ialah contoh bangun tubi yang perlu dilakukan di mana 2 pita tape dilekatkan di atas lantai sebagai tanda aras bagi calon untuk melakukan bangun tubi.





Saya telah berjaya melakukan bangun tubi sebanyak 33x dalam masa 1 minit dengan jumlah mata ialah 5 mata. Jadual di bawah menunjukkan mata yang akan diperolehi oleh calon menurut jantina, umur dan bilangan bangun tubi :





5) Ujian larian ulang alik 20 meter (BEEP TEST)

Akhir sekali, ujian yang paling dinantikan oleh diri saya sendiri. Iaitu ujian Beep Test atau Bleep Test. Seramai 15 orang calon akan dipanggil bagi setiap kali ujian Beep test bermula. Disebabkan no.badan saya no badan terakhir maka berdebar-debar menunggu giliran. Melihat calon-calon lain menjalani ujian tersebut, saya pula yang berasa penat dan letih. Calon perlu berlari sepanjang 20 meter mengikut bunyi beep berulang-alik dan perlulah sampai ke garisan sebelum beep seterusnya. Jika perkara ini gagal sebanyak 2x, maka calon perlu berhenti berlari. Setiap kali level bertambah maka kelajuan larian juga turut meningkat.



Jadual di bawah ialah jadual penandaan bagi lari ulang alik. Pada ujian kali ini, saya telah berjaya berlari sehingga Level 6 shuttle 3. (shuttle tak confirm sebab terlalu penat).



KEPUTUSAN BLEEP TEST SAYA SEPERTI JADUAL DI BAWAH :-


Saya telah berjaya mendapatkan 5 mata penuh untuk Bleep Test (L6/S3) . Jadual di bawah ialah mata yang akan diperolehi oleh calon :



Jumlah keseluruhan skor mata yang berjaya saya kumpul ialah :


No.
Jenis Ujian
Wanita / 25thn

Mata
1.
Ujian duduk dan jangkau (SIT AND REACH)

39 cm
4/5
2.
Indek Jisim Tubuh (BMI)

22.81
5/5
3.
Ujian genggaman tangan (HANDGRIP TEST)

31.7 kg
4/5
4.
Ujian bangun tubi 1 minit (1 mins CURL UP TEST)

33 kali
5/5
5.
Ujian larian ulang alik 20 meter (BEEP TEST)

Level 6
Shuttle 3
5/5


Jumlah mata terkumpul



23/25


Jadual di bawah pula menunjukkan Gred dan pencapaian bagi keputusan keseluruhan. Jika diikutkan pada jadual di bawah, saya mendapat Gred A. Tetapi ini berdasarkan bacaan saya dan kajian saya rata-ratanya. Saya memohon maaf jika ada kesilapan.


KEPUTUSAN KESELURUHAN :


Tidak berharap untuk ke sesi seterusnya, tetapi tetap berdoa akan diberikan rezeki oleh Allah.s.w.t bagi penjawatan ini.. So sekarang kita tunggu keputusan sama-sama ye. Doakan saya.. Hehe. Entry ni cuma untuk berkongsi pengalaman saya sahaja kepada rakan-rakan yang lain dan juga untuk  kenangan serta simpanan di masa hadapan. Harap dapat membantu kawan-kawan. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam UKJK SPA ini dan semoga success. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry saya. Sebarang soalan boleh komen di ruangan komen ye. Have a Nive day guys and Assalammualaikum.




Tuesday, 2 June 2015

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dan Jabatan Perancang Bandar (JPB), MBMB

Sepanjang saya berada di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBMB saya diletakkan di bawah penyeliaan Penolong Pengarah JPPH iaitu Puan Azreen Hanim binti Zakaria. Beliau telah memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara menjalankan lawat periksa ke atas tanah mahupun bangunan serta memberi tunjuk ajar dalam cara-cara mengira nilaian tanah serta nilaian bangunan bagi tujuan Cukai Taksiran Harta. Kaedah yang diguna pakai dalam menilai harta tanah di JPPH, MBMB ialah kaedah nilai tahunan. Walaubagaimanapun, pada tahun 2016, pihak Majlis telah sebulat suara untuk menukarkan kaedah nilaian tersebut mengikut cara yang diguna pakai di Negeri Johor iaitu kaedah nilai tambah, di mana kaedah ini mewujukan harga nilai pasaran sesuatu harta tanah itu.

Sistem yang digunakan di JPPH, MBMB ialah sistem e-nilai di mana sistem ini membantu pegawai penilai untuk menyimpan data secara perkomputeran kerana ini lebih memudahkan kerja-kerja penyimpanan data pemilik rumah untuk bayaran cukai serta memudahkan kerja-kerja mengemaskini nilaian cukai harta. Pengetahuan asas nilaian adalah penting bagi pelajar-pelajar program Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, hal ini kerana setiap dari kami perlu mengambil tahu tentang cara pengiraan nilaian harta tanah bagi pelbagai tujuan dalam prospek pekerjaan kami kelak dan ianya berkait rapat dengan pentadbiran tanah itu sendiri.

Manakala sepanjang saya ditukarkan ke Jabatan Perancang Bandar, MBMB saya diletakkan di bawah penyeliaan Penolong Pengarah JPB, MBMB, Puan Norliah binti Abd Rahman. Saya berada di JPB, MBMB hanya 1 bulan sahaja. Di Jabatan Perancang Bandar, saya didedahkan dengan proses permohonan kebenaran merancang serta proses ulasan sokongan yang diperlukan oleh pemaju untuk bahagian pengambilan tanah dan lain-lain lagi. Tanpa ulasan sokongan yang tidak dipersetujui oleh Jabatan Perancang Bandar atau mana-mana Jabatan Teknikal yang lain, maka proses pembangunan tersebut tidak boleh diteruskan dan perlu dibaiki mengikut nasihat serta prosedur yang tepat dan betul. Saya juga didedahkan dengan latihan amali lawat periksa bangunan-bangunan yang akan ditukarkan kepada jenis gunaannya yang sedia ada kepada jenis gunaan lain contoh seperti lawat periksa ke atas bangunan pejabat yang ingin diubah kepada jenis kegunaan Hotel. Selain itu juga, lawat periksa dilakukan ke atas bangunan yang ingin membuat tambahan bangunan untuk diluluskan samaada tambahan tersebut adalah dibenarkan mengikut garis panduan yang betul atau tidak.

Fungsi, peranan dan tanggungjawab tempat latihan industri saya adalah berkaitan dengan bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Hal ini kerana, Pihak Berkuasa Tempatan akan sentiasa berhubung kait dengan pihak Pejabat Tanah bagi sebarang perkara. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adalah tempat latihan industri yang sangat bersesuaian dan menepati mahasiswa-mahasiswi Program Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah hal ini kerana segala pelajaran yang sedia ada di dalam program ini ada diguna pakai di tempat latihan saya. Antaranya adalah pelajaran sistem GIS iaitu Geographical Information System. Sistem ini diguna pakai di kedua-dua jabatan tempat latihan industri saya samaada di Jabatan Penilaian mahupun di Jabatan Perancang Bandar. Untuk Jabatan Penilaian, sistem ini digunakan bagi mengenal pasti lot-lot yang telah diwartakan di bawah penyeliaan MBMB untuk bayaran Cukai Taksiran Harta manakala bagi Jabatan Perancang Bandar pula, sistem GIS ini diguna pakai untuk mengenalpasti kawasan penyeliaan MBMB yang ingin dibangunkan dan dimajukan oleh pemaju mahupun pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sendiri.

Sunday, 29 March 2015

JOM HEBOH 2015 di MELAKA :)

Assalammualaikum guys! And a very good day!
Hah. Guess what!?

Aku p Jom Heboh 2015 ! kat mana lagi.. MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH le,
tanah tumpah darahku..haha
Well actually takde apa pon nak cari.
Konon2nya nak beli beg makanan sebungkus RM10 tu~
Last2 balik tangan kosong.

Aku just bawak balik baju dari HotFM,
Volunteer main game bom2 atas stage kat booth "Cerekarama", alihh2 menang dpt no.1..
So, dia bagi la "T-Shirt Exclusive HotFM" ^_^

Eh, ada lagi..
Masa tu aku sempat la bergambar dgn deen HotFM and Fizi hotFM.
Tau2 je lah, dorang kan sporting.on.... ;)


Gini la nasib aku atas pentas ketika itu.hehe

Nampak tak? Diapit oleh 2 org jejaka.haha.aippp..!jarak kami jauh, tak nampak la sebab gambar dr sisi kan.
Takmo fikir bukan2....tak elok, haha



Sempat selfie dengan brother Deen HotFm and brother FiziHotFM ^^,
Aku sempat gak bergambar dgn kak Ayda Jebat, malangnya..... gambar tu kat phone akak aku skrg ni, hehe.so tak dapekk den upload. Sorry ye fans Kak Ayda ;p 

Owwww!! ada lg aku perati je sorang mamat ni, dok kat tepi stage..macam kenal..
Macam kawan aku.. tengok betul2, sah!! Bukan kawan aku..... hahaha... tp HAFEEZ MIKAIL ! *Sorie kalau aku salah eja nama dia.jgn marahhh. hehe. Nak balik tuh aku g la minta kebenaran utk "menangkap" gambarnya..gituhh. tangkap la sangat an~ selfie ada, berdua pon ada.eh ! :p jgn risua, bergambar tk rapat pon... takmo jeles ;) ..hohoho

HAFEEZ MIKAIL ☆ 

Tak silap aku lahh, dia lahir tahun 92' aku.. batch 93'.
Setahun je la beza umur kteorg.sepadan tak??
Hah.jgn harap.. aku civilian, dia?? Artis tau~ ;)

K2.. satu lg ni gambar selfie kteorg.


Nampaknya, ini lah 1st and last aku jumpa dorang.kot lahh..kalau ada jodoh, insyaa Allah jumpa lagi..
Nak cerita pasal "kalau" ni, boleh jd "kalaulah kucing boleh terbang" hahh... mcm tk pasal2 kan??
Alarhh.. aku nak maksudkan, tak elok guna "kalau2" ni.haha. so, apa2 pon..redha je la ek..

K guys.semoga korang dpt meneruskan kerjaya mencari rezki yg Halal di bumi milik Allah ;) 

Akhir kata dr aku, bai! Haha..
Assalammualaikum. Warohmatullahi wabarokaaatuh!See yah! NEXT ENTRY ♡




Wednesday, 18 March 2015

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

Hey guys! Assalammualaikum and how are you!?
hahaha, dah lama aku tak singgah blog aku sendiri, tak tulis entry and so on.
Last catitan december 2014!

Now, dah Mac 2015!
Well actually, aku tengah dalam internship ni.
Macam2 la aku bayangkan sebelum nak masuk praktikal.
Dengar kata, budak2 Li ni semua, selalu kena buli...

photostat lahh, buat kopi la, basuh cawan pinggan kat pantry la dan macam2 lagi kes buli yang biasa korang dengar.
And sebenarnya............ sepanjang sebulan penuh aku dah mula praktikal ni, benda2 tu tak berlaku.
dan aku menjalankan kerja aku sperti pekerja biasa.
Yang sesuai dengan course aku.

Ow ye! aku intern dekat Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) , Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Penilaian dan Pengurusan |Harta (JPPH)
So, kerja aku selain menguruskan harta majlis, aku buat Nilaian rumah-rumah, kilang... special property dan yg sama waktu dengannya. ;D
JPPH Majlis tak sama tau dengan JPPH Negeri. Kalau JPPH bawah Majlis ni, kteorang buat nilaian untuk dapatkan Cukai Taksiran Harta, JPPH negeri ni pulak, kes2 besar selain cukai.. ;)

Adik aku tanya, akak kerja MBMB tu buat bunga tepi jalan ke tolong pungut2 sampah dekat taman?"
Ya Allah, soalan dia memang tak bijak. hahaha

Buat pengetahuan anda semua, Majlis ni ada banyak jabatan. Nampaknya adik aku nampak MBMB sebagai "pencantik" Melaka.. PENCANTIK ?? tak kisah la, asal korang faham.haha.. But bagus la tu kan,? takde yg tak bagus pon.
Ni ada carta organisasi MBMB.. bolehla korang tengok2.. jangan tak tahu pulak ye.. OW... JANGAN LUPA BAYAR CUKAI TAKSIRAN HARTA a.k.a CUKAI PINTU~ ;p

Last lah.... AKU SAYANG MELAKA and DONT MESS WITH MELAKA. segala pertanyaan boleh diajukan di komen bawah ni ye.... hehe. thanks for reading! <3

Tuesday, 9 December 2014

THIS IS MY HOUSE..........................!!!




wahhhhhhhhhhhhh!!!

Alhamdulillah <3 <3 <3

Thanks God. I've done my new video for my Real Estate Agent .hehe
Not really good, but we tried our best to do this assignment.
Really hope that we will get a highest mark !
cehhh
Berangan kan! not berangan, but doa...............

"Berangan means (dreaming)"

In this video, we show that, the buyer have been cheated by the real estate agent.This house is sold at a low price even if the house is big.While the buyer does not know about that house.There was a murder and the house is haunted !!!We need to present and act in front of class for the other scene ! ;DHope everything gonna be okay !

Oh, well..
actually I have to update my blog in English because my blog is use for my English assignment.
we need to get a highest viewer on our blog for highest carry mark.
emmm..

Hope you can leave your comment below and view my blog everytime and everyday!!
hahaha.. :p

thanks for reading !!! >_<

Lot of Love from me! Have fun....................


Sunday, 7 December 2014

FORUM !!! what is your opinion ??

Topic: "Is there a difference between the ways men and women adjust to a new culture?"

In my opinion, there are differences between the ways men and women adjust to a new culture. It is easier for men to adapt a new culture in their life because they have a strong physical and mentality compared to women. While women, they had a low mentality for a new culture around that not suitable for them, and they will got the pressure easily. Women always need a good friends and family beside them.

Topic: "In your opinion, is it for the better if hybrid cars are produced in massive numbers? What will the future scene of the world be?"

In my opinion, it is better if hybrid cars are produced in massive numbers, because as we all know, a hybrid vehicle is a vehicle that uses two or more distinct power sources to move the vehicle. The term most commonly refers to hybrid electric vehicles (HEVs), which combine an internal combustion engine and one or more electric motors. For the future, there are better. But in that case, hybrid cars are a expensive cars and not all people can afford to have it. However, hybrid cars are good for the world. 

Topic: "The arguments for and against animal testing are going to continue for some time, both between the supporters of animal testing and the activists of animal rights. What is your stance on this matter?"

I strongly support the activists of animal rights. This is because, the animal also have a heart feeling for living. In the age of advanced and sophisticated days, various tools can be produced by a specialist technology to replace uses for animal testing. Why should we torment these animals while there are other ways to solve the problem? I strongly do not support the people who use animal for testing purpose.

Topic: "Should man play god in deciding who should live and who should not? Or, which herd to be killed and which would be allowed to live? Why do you think so?"


Man does not deserve to play god in deciding who should live and who should not. Or, which herd to be killed and which would be allowed to live. I believe that the entire herds have a right to live. Whether man or animals. Why man should decide living off the herd. If their reason is to provide security to another group by killing other living freely, they are wrong. They feel that they want to make something right, but actually they become worse.

Sunday, 16 November 2014

Short Story "LOVE AND TIME"

Love and Time Short Story

video : owned by me ! :D

Once upon a time, in an island there lived all the feelings and emotions; Happiness, Sadness, Knowledge, and all of the others, including LOVE. One day it was announced to them that the island would sink! So all constructed boats and left. Except for Love.

Love wanted to hold out until the last possible moment.

When the island had almost sunk, Love decided to ask for help.

Richness was passing by Love in a boat. Love said.“Richness, can you take me with you?” Richness answered, “Sorry Love, I can’t. There is a lot of gold and silver in my boat and so there is no place here for you.”
Love next asked Vanity who was also sailing by. Vanity was also ready with the same answer. “Sorry, I can’t help you Love. You are all wet and might damage my boat,” Vanity answered.

Sadness was close by so Love asked, “Sadness, please take me along with you, please help me.” “Oh. . . Love, I am so sad that I need to be by myself,” Sadness said in a sullen voice.

Happiness passed by Love too, but he was so preoccupied with his happiness that he did not even hear when Love called him.

Suddenly, there was a voice, “Come Love, I will take you.” It was an elder. An overjoyed Love jumped up into the boat and in the process forgot to ask where they were going. When they arrived at a dry land, the elder went her own way.

Realizing how much was owed to the elder, Love asked Knowledge another elder, “Who helped me Knowledge?” Knowledge answered. “It was time.” “Time?” thought Love. Then, as if reading the face of Love, Knowledge smiled and answered. “Because only Time is capable of understanding how valuable Love is.”


* this story ----> (NOT OWNED BY ME).