bawa otak bukan pisau :)

Wednesday, 18 March 2015

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

Hey guys! Assalammualaikum and how are you!?
hahaha, dah lama aku tak singgah blog aku sendiri, tak tulis entry and so on.
Last catitan december 2014!

Now, dah Mac 2015!
Well actually, aku tengah dalam internship ni.
Macam2 la aku bayangkan sebelum nak masuk praktikal.
Dengar kata, budak2 Li ni semua, selalu kena buli...

photostat lahh, buat kopi la, basuh cawan pinggan kat pantry la dan macam2 lagi kes buli yang biasa korang dengar.
And sebenarnya............ sepanjang sebulan penuh aku dah mula praktikal ni, benda2 tu tak berlaku.
dan aku menjalankan kerja aku sperti pekerja biasa.
Yang sesuai dengan course aku.

Ow ye! aku intern dekat Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) , Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Penilaian dan Pengurusan |Harta (JPPH)
So, kerja aku selain menguruskan harta majlis, aku buat Nilaian rumah-rumah, kilang... special property dan yg sama waktu dengannya. ;D
JPPH Majlis tak sama tau dengan JPPH Negeri. Kalau JPPH bawah Majlis ni, kteorang buat nilaian untuk dapatkan Cukai Taksiran Harta, JPPH negeri ni pulak, kes2 besar selain cukai.. ;)

Adik aku tanya, akak kerja MBMB tu buat bunga tepi jalan ke tolong pungut2 sampah dekat taman?"
Ya Allah, soalan dia memang tak bijak. hahaha

Buat pengetahuan anda semua, Majlis ni ada banyak jabatan. Nampaknya adik aku nampak MBMB sebagai "pencantik" Melaka.. PENCANTIK ?? tak kisah la, asal korang faham.haha.. But bagus la tu kan,? takde yg tak bagus pon.
Ni ada carta organisasi MBMB.. bolehla korang tengok2.. jangan tak tahu pulak ye.. OW... JANGAN LUPA BAYAR CUKAI TAKSIRAN HARTA a.k.a CUKAI PINTU~ ;p

Last lah.... AKU SAYANG MELAKA and DONT MESS WITH MELAKA. segala pertanyaan boleh diajukan di komen bawah ni ye.... hehe. thanks for reading! <3

7 comments:

  1. Maaf menganggu. Boleh saya tahu macam mana awak Apply praktikal kat mbmb

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. sorry dear.. mungkin saya lambat balas komen awak. tapi saya balas juga utk tujuan rakan-rakan lain tahu lanjut berkaitan hal soalan yg diajukan.

      1st, saya call pengurusan sumber manusia untuk pengambilan praktikal. Jika dibenarkan praktikal, pengurusan akan minta kita untuk hantar resume atau CV. Dan jika lulus, pihak MBMB akan email kan kita borang praktikal. Kira kita lulus dan diterima lah. urusan seterusnya, akan diberitahu oleh pihak Sumber manusia :) harap membantu (^^)

      Delete
  2. Assalamualikum kak. Maaf mengganggu. Saya ada beberapa soalan tentang entry post di blog akak berkenaan Internship di MBMB.

    1. Boleh saya tahu berapa elaun untuk Pelajar Praktikal/ Latihan Industri/ Internship di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)?

    2. Akak mohon internship melalui email, pos surat atau walk-in di pejabat MBMB?

    3. Akak internship di pejabat MBMB yang bersebelahan Jaya Jusco dan berhadapan dengan Melaka Mall tu ke?

    Terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan menjawab pertanyaan saya. Have a great day ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. pertama sekali akak minta maaf. sebab dah lama tak singgah blog akak. akak akan jawab soalan ni berdasarkan no.ye..mungkin dah terlewat, tapi kita kongsi soalan awak dgn jawapan akak ni utk yg lain k :D

      1. Sebulan RM300.. selepas 3 bulan.. sehari RM15 ^^ (Alhamdulillah)
      2. Akak call dulu, tanya..ada tak MBMB buat pengambilan bagi pelajar praktikal. kemudian kita sebutkan lah jabatan mana yg kita nak buat latihan industri tu. selanjutnya akan diberitahu oleh pihak pengurusan sendiri :)
      3.Yup.. MBMB di situ. kalau Majlis Perbandaran Hang Tuan Jaya (MPHTJ) berhadapan MBMB.. iaitu di bangunan Melaka Mall :D

      Harap membantu. ^^

      Delete
    2. maksudnya kan kak setiap bulan diorng akan bgi rm300 sebulan dan lepas 3 bulan intern diorng kira rm15 sehri mcm tu

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete