bawa otak bukan pisau :)

Tuesday, 2 June 2015

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dan Jabatan Perancang Bandar (JPB), MBMB

Sepanjang saya berada di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBMB saya diletakkan di bawah penyeliaan Penolong Pengarah JPPH iaitu Puan Azreen Hanim binti Zakaria. Beliau telah memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara-cara menjalankan lawat periksa ke atas tanah mahupun bangunan serta memberi tunjuk ajar dalam cara-cara mengira nilaian tanah serta nilaian bangunan bagi tujuan Cukai Taksiran Harta. Kaedah yang diguna pakai dalam menilai harta tanah di JPPH, MBMB ialah kaedah nilai tahunan. Walaubagaimanapun, pada tahun 2016, pihak Majlis telah sebulat suara untuk menukarkan kaedah nilaian tersebut mengikut cara yang diguna pakai di Negeri Johor iaitu kaedah nilai tambah, di mana kaedah ini mewujukan harga nilai pasaran sesuatu harta tanah itu.

Sistem yang digunakan di JPPH, MBMB ialah sistem e-nilai di mana sistem ini membantu pegawai penilai untuk menyimpan data secara perkomputeran kerana ini lebih memudahkan kerja-kerja penyimpanan data pemilik rumah untuk bayaran cukai serta memudahkan kerja-kerja mengemaskini nilaian cukai harta. Pengetahuan asas nilaian adalah penting bagi pelajar-pelajar program Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, hal ini kerana setiap dari kami perlu mengambil tahu tentang cara pengiraan nilaian harta tanah bagi pelbagai tujuan dalam prospek pekerjaan kami kelak dan ianya berkait rapat dengan pentadbiran tanah itu sendiri.

Manakala sepanjang saya ditukarkan ke Jabatan Perancang Bandar, MBMB saya diletakkan di bawah penyeliaan Penolong Pengarah JPB, MBMB, Puan Norliah binti Abd Rahman. Saya berada di JPB, MBMB hanya 1 bulan sahaja. Di Jabatan Perancang Bandar, saya didedahkan dengan proses permohonan kebenaran merancang serta proses ulasan sokongan yang diperlukan oleh pemaju untuk bahagian pengambilan tanah dan lain-lain lagi. Tanpa ulasan sokongan yang tidak dipersetujui oleh Jabatan Perancang Bandar atau mana-mana Jabatan Teknikal yang lain, maka proses pembangunan tersebut tidak boleh diteruskan dan perlu dibaiki mengikut nasihat serta prosedur yang tepat dan betul. Saya juga didedahkan dengan latihan amali lawat periksa bangunan-bangunan yang akan ditukarkan kepada jenis gunaannya yang sedia ada kepada jenis gunaan lain contoh seperti lawat periksa ke atas bangunan pejabat yang ingin diubah kepada jenis kegunaan Hotel. Selain itu juga, lawat periksa dilakukan ke atas bangunan yang ingin membuat tambahan bangunan untuk diluluskan samaada tambahan tersebut adalah dibenarkan mengikut garis panduan yang betul atau tidak.

Fungsi, peranan dan tanggungjawab tempat latihan industri saya adalah berkaitan dengan bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah. Hal ini kerana, Pihak Berkuasa Tempatan akan sentiasa berhubung kait dengan pihak Pejabat Tanah bagi sebarang perkara. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adalah tempat latihan industri yang sangat bersesuaian dan menepati mahasiswa-mahasiswi Program Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah hal ini kerana segala pelajaran yang sedia ada di dalam program ini ada diguna pakai di tempat latihan saya. Antaranya adalah pelajaran sistem GIS iaitu Geographical Information System. Sistem ini diguna pakai di kedua-dua jabatan tempat latihan industri saya samaada di Jabatan Penilaian mahupun di Jabatan Perancang Bandar. Untuk Jabatan Penilaian, sistem ini digunakan bagi mengenal pasti lot-lot yang telah diwartakan di bawah penyeliaan MBMB untuk bayaran Cukai Taksiran Harta manakala bagi Jabatan Perancang Bandar pula, sistem GIS ini diguna pakai untuk mengenalpasti kawasan penyeliaan MBMB yang ingin dibangunkan dan dimajukan oleh pemaju mahupun pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sendiri.

Sunday, 29 March 2015

JOM HEBOH 2015 di MELAKA :)

Assalammualaikum guys! And a very good day!
Hah. Guess what!?

Aku p Jom Heboh 2015 ! kat mana lagi.. MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH le,
tanah tumpah darahku..haha
Well actually takde apa pon nak cari.
Konon2nya nak beli beg makanan sebungkus RM10 tu~
Last2 balik tangan kosong.

Aku just bawak balik baju dari HotFM,
Volunteer main game bom2 atas stage kat booth "Cerekarama", alihh2 menang dpt no.1..
So, dia bagi la "T-Shirt Exclusive HotFM" ^_^

Eh, ada lagi..
Masa tu aku sempat la bergambar dgn deen HotFM and Fizi hotFM.
Tau2 je lah, dorang kan sporting.on.... ;)


Gini la nasib aku atas pentas ketika itu.hehe

Nampak tak? Diapit oleh 2 org jejaka.haha.aippp..!jarak kami jauh, tak nampak la sebab gambar dr sisi kan.
Takmo fikir bukan2....tak elok, haha



Sempat selfie dengan brother Deen HotFm and brother FiziHotFM ^^,
Aku sempat gak bergambar dgn kak Ayda Jebat, malangnya..... gambar tu kat phone akak aku skrg ni, hehe.so tak dapekk den upload. Sorry ye fans Kak Ayda ;p 

Owwww!! ada lg aku perati je sorang mamat ni, dok kat tepi stage..macam kenal..
Macam kawan aku.. tengok betul2, sah!! Bukan kawan aku..... hahaha... tp HAFEEZ MIKAIL ! *Sorie kalau aku salah eja nama dia.jgn marahhh. hehe. Nak balik tuh aku g la minta kebenaran utk "menangkap" gambarnya..gituhh. tangkap la sangat an~ selfie ada, berdua pon ada.eh ! :p jgn risua, bergambar tk rapat pon... takmo jeles ;) ..hohoho

HAFEEZ MIKAIL ☆ 

Tak silap aku lahh, dia lahir tahun 92' aku.. batch 93'.
Setahun je la beza umur kteorg.sepadan tak??
Hah.jgn harap.. aku civilian, dia?? Artis tau~ ;)

K2.. satu lg ni gambar selfie kteorg.


Nampaknya, ini lah 1st and last aku jumpa dorang.kot lahh..kalau ada jodoh, insyaa Allah jumpa lagi..
Nak cerita pasal "kalau" ni, boleh jd "kalaulah kucing boleh terbang" hahh... mcm tk pasal2 kan??
Alarhh.. aku nak maksudkan, tak elok guna "kalau2" ni.haha. so, apa2 pon..redha je la ek..

K guys.semoga korang dpt meneruskan kerjaya mencari rezki yg Halal di bumi milik Allah ;) 

Akhir kata dr aku, bai! Haha..
Assalammualaikum. Warohmatullahi wabarokaaatuh!See yah! NEXT ENTRY ♡




Wednesday, 18 March 2015

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB)

Hey guys! Assalammualaikum and how are you!?
hahaha, dah lama aku tak singgah blog aku sendiri, tak tulis entry and so on.
Last catitan december 2014!

Now, dah Mac 2015!
Well actually, aku tengah dalam internship ni.
Macam2 la aku bayangkan sebelum nak masuk praktikal.
Dengar kata, budak2 Li ni semua, selalu kena buli...

photostat lahh, buat kopi la, basuh cawan pinggan kat pantry la dan macam2 lagi kes buli yang biasa korang dengar.
And sebenarnya............ sepanjang sebulan penuh aku dah mula praktikal ni, benda2 tu tak berlaku.
dan aku menjalankan kerja aku sperti pekerja biasa.
Yang sesuai dengan course aku.

Ow ye! aku intern dekat Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) , Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Penilaian dan Pengurusan |Harta (JPPH)
So, kerja aku selain menguruskan harta majlis, aku buat Nilaian rumah-rumah, kilang... special property dan yg sama waktu dengannya. ;D
JPPH Majlis tak sama tau dengan JPPH Negeri. Kalau JPPH bawah Majlis ni, kteorang buat nilaian untuk dapatkan Cukai Taksiran Harta, JPPH negeri ni pulak, kes2 besar selain cukai.. ;)

Adik aku tanya, akak kerja MBMB tu buat bunga tepi jalan ke tolong pungut2 sampah dekat taman?"
Ya Allah, soalan dia memang tak bijak. hahaha

Buat pengetahuan anda semua, Majlis ni ada banyak jabatan. Nampaknya adik aku nampak MBMB sebagai "pencantik" Melaka.. PENCANTIK ?? tak kisah la, asal korang faham.haha.. But bagus la tu kan,? takde yg tak bagus pon.
Ni ada carta organisasi MBMB.. bolehla korang tengok2.. jangan tak tahu pulak ye.. OW... JANGAN LUPA BAYAR CUKAI TAKSIRAN HARTA a.k.a CUKAI PINTU~ ;p

Last lah.... AKU SAYANG MELAKA and DONT MESS WITH MELAKA. segala pertanyaan boleh diajukan di komen bawah ni ye.... hehe. thanks for reading! <3