bawa otak bukan pisau :)

Tuesday, 3 December 2013

COURSE LAND ADMINISTRATIONS AND DEVELOPMENT ( PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH)

Berdasarkan kandungan buku panduan rasmi UTM mengenai Kursus SGHL 1012 Land Administrations and Development, matlamat utama kursus ini adalah menghasilkan “land administrators and land developers who will be able to respond efficiently, transparently and endeavour for sustainability in the administration and development of land.”

Ini bermakna bahawa apabila pelajar berjaya menamatkan pengajiannya nanti, dia boleh menjadi Pentadbir Tanah atau Pemaju yang cekap dan berkemahiran. Apa jua bidang yang dipilih olehnya nanti, dia perlu sentiasa peka mengamalkan pentadbiran tanah dan pembangunan tanah yang lestari.

Apa yang boleh (dan akan) dilakukan oleh tenaga pengajar adalah membimbing pelajar mencapai matlamat itu. Sama ada pelajar akan mampu mencapainya nanti adalah terpulang kepada pelajar sendiri – sejajar dengan peribahasa “You can lead a horse to water but you cannot make it drink”.

Setiap pelajar mesti sentiasa menyimpan azam ini – bahawa dia akan terus menimba ilmu dan meningkatkan kemahirannya untuk menjadi Pentadbir Tanah dan Pemaju yang mempunyai dua sifat berikut :

(a)    Berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya (ability to respond)  bagi maksud


(b)   Mempastikan pentadbiran tanah dan pembangunan tanah adalah lestari.

Matlamat Kursus – Melahirkan Graduan

  1.  Mampu menyelesaikan pelbagai isu mengenai tanah (competent and able to solve land related matters) secara tekun, kritis dan berasaskan logik (diligently, critically and logically);
  2. Memilik kemahiran kepimpinan (possess leadership) kualiti seorang ahli profesion (professional qualities);
  3. Mampu menyumbangkan (able to contribute) segala tenaga dan pemikiran kepada bidang pentadbiran, pengurusan dan pembangunan tanah, dari aspek negara dan global; 
  4. Mampu bertugas dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang dan budaya;
  5. Mampu mencapai matlamat yang sama berhubung segala kegiatan yang berkaitan dengan tanah



Huraian tambahan

Berdasarkan apa yang dikatakan di atas, setiap pelajar Kursus ini dikehendaki mempelajari –
  • Bagaimana tanah boleh digunakan
  • Bagaimana tanah boleh dibangunkan
  • Bagaimana tanah perlu dipulihara
  • Bagaimana hasil dari tanah akan dikutip / diperolehi
  • Bagaimana pertikaian mengenai tanah diselesaikan
  • 4 jenis utama fungsi pengurusan tanah
Sumber daripada Prof.Salleh Buang :
Kami mendapatkan nota-nota ini daripada beliau sendiri dimana beliau telah mengajar kami ketika kami di tahun 1 untuk subjek "Introduction of Land Administration and Development"


Sedikit info tentang beliau :


Beliau dahulunya berkhidmat di Pejabat Ketua Peguam Negara di Kuala Lumpur sebelum menjadi Peguambela & Peguamcara, menyertai sektor korporat dan akademik. Pada masa ini, beliau merupakan Konsultan sepenuh masa, penulis dan kolumnis mingguan di dalam akhbar “New Straits Times”. Beliau terlibat secara aktif di dalam memberikan ceramah umum dan latihan kepada sektor awam dan swasta.  Pada masa ini, beliau mengajar pelajar-pelajar sarjana yang mengambil program luar kampus yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia



Takrif “Tanah” Kanun Tanah Negara (KTN) seksyen 5





Istilah “tanah” bagi maksud Kanun Tanah Negara merangkumi :


}  Permukaan tanah & apa yang ada di situ (The surface of the earth and all substances forming that surface);
}  Tanah bawah tanah & apa yang ada di situ (The earth below the surface and all substances therein);
}  Segala tumbuhan pada atau di bawah permukaan tanah (All vegetation and other natural products on or below surface);
}  Segala benda yang melekap pada tanah (All things attached to the earth or permanently fastened to  anything attached to the earth, whether on or below surface); dan 
}  Tanah diliputi air (Land covered by water).




4 comments:

  1. thorbaikkk anum. Muahcikeddddd :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahhhhh....... kenapa tak comment kat latest post? hahaha. oh terima kasih :p

      Delete
  2. Replies
    1. kalau ayat kau............... sakit hati tawu? -_-

      Delete