bawa otak bukan pisau :)

Monday, 9 December 2013

Exam Fever Campaign - Study Week or Study Weak? (Animation)


Ok fine, Final exam kami dah nak dekat. So untuk menghilangkan stress kami layan video ni :D
Check it out guys !!
before you start to play this video, you can stop the background music :)
Enjoy...!!! 




Rasanya tarikh and masa final exam untuk student2 iPTa sama kot? kan?
Good luck untuk semua juga :)

Nak kongsi jadual exam kami ni :: 
start 30 december 2013.......

30/12 applied valuation 14:30-17:30
1/1 real estate law  09:00-12:00
9/1 computer application  14:30-17:30
10/1 property management  14:30-17:30
13/1 database management  14:30-17:30

untuk sc Technology masih belum ditetapkan masanya. Redha je lah !
Dah tetap masa, kami edit ye .... 

Doakan kami semua guys! thanks :D
Assalammualaikum dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia !

Tuesday, 3 December 2013

OUR MEMORIES :: 1ST YEAR STUDENTS

Time FYE ! FYE stand for First Year Experience.
Senior2 buat FYE ni khas untuk student 1st year course LADs' tahun 2012/2013.
Antaranya adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara kami...
So, kalau ada apa2, dah kenal senior... semua senang. macam kacang! ;) haha

masing-masing happy, menunggu ketibaan bas yang tak tiba2~


Dah besar kan, pandai2 la pasang khemah sendiri ! haha


 Our senior :) time kami buat kem FYE ni, senior dari 2nd year, 3rd year,4rd year semua join!
Memang sempoi and cool habis, taknak lah kenalkan nama. tak penting kot. hahaha ;D


Tak pasti apa motif untuk gambar ni? weyhh... senyum je lah~ 


Guess who !?? haha, Nor Syahera Najwa a.k.a JUE . kawan aku yg paling sempoi weyhhh!


 ini namanya mencabar keberanian diri, best kot ! jangan risau. takde pirannaaaaaa~
haha. nak join budak tanah, kena berani buat semua ni. ;)


haa...! dia ni senior kiteorang aw.. photographer sepanjang masa. haha. sekarang dia dah 4rd year. Nak habis dah pon.sedih! sobb sobb... :'p kami kenalkan lah siapa dia ni. as noe as abg PAYEDD !


melawat kandang mbekk mbekk..... bukan melawat gitu2 je ye, macam2 kiteorg buat!
NEXT !!!


Kiteorang dapat perah sendiri susu kambing tu, pastu minum! 100% pure. memang wowlahhhhh !


Tak sah kalau tak ada gambar kenangan bersama kambing~ 
apa? bau?? tak bau sangat lah. biasa2 je. bau dia yang best! ;) hehe


Senior kiteorg ni, huntung lahhh.. kambing dapat suap. kami tak pernah senior suapkan. heh heh


erkk... geli-geleman weyh kambing makan atas tangan, tak caya? cer try buat~



Jungle Tracking pulak~ penat tak penat sangat. Okay2 la. yang pasti semua lepas dan selamat pulang!



Usaha tangga kejayaan. tapi ni kiteorang tak panjat tangga, kiteorang panjat... bukit! haha
so, bukit tanda kejayaan kiteorg :p



sampai atas akhirnya! muka masing2..selekeh..! kata tak lah penat sangat, tapi... hampeh je. aishhh



Dah penat sangat! kiteorang panjat pokok kelapa taw semata-mata nak minum air. ;) haha.... tak lah, acah je. manager kat situ yang tolong ambek kelapa ni. fresh kot! 


Habis dahhh......................



Last but not lease !! gambar oleh abg PAYEDD..... FYE in memories~ :)

COURSE LAND ADMINISTRATIONS AND DEVELOPMENT ( PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH)

Berdasarkan kandungan buku panduan rasmi UTM mengenai Kursus SGHL 1012 Land Administrations and Development, matlamat utama kursus ini adalah menghasilkan “land administrators and land developers who will be able to respond efficiently, transparently and endeavour for sustainability in the administration and development of land.”

Ini bermakna bahawa apabila pelajar berjaya menamatkan pengajiannya nanti, dia boleh menjadi Pentadbir Tanah atau Pemaju yang cekap dan berkemahiran. Apa jua bidang yang dipilih olehnya nanti, dia perlu sentiasa peka mengamalkan pentadbiran tanah dan pembangunan tanah yang lestari.

Apa yang boleh (dan akan) dilakukan oleh tenaga pengajar adalah membimbing pelajar mencapai matlamat itu. Sama ada pelajar akan mampu mencapainya nanti adalah terpulang kepada pelajar sendiri – sejajar dengan peribahasa “You can lead a horse to water but you cannot make it drink”.

Setiap pelajar mesti sentiasa menyimpan azam ini – bahawa dia akan terus menimba ilmu dan meningkatkan kemahirannya untuk menjadi Pentadbir Tanah dan Pemaju yang mempunyai dua sifat berikut :

(a)    Berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya (ability to respond)  bagi maksud


(b)   Mempastikan pentadbiran tanah dan pembangunan tanah adalah lestari.

Matlamat Kursus – Melahirkan Graduan

  1.  Mampu menyelesaikan pelbagai isu mengenai tanah (competent and able to solve land related matters) secara tekun, kritis dan berasaskan logik (diligently, critically and logically);
  2. Memilik kemahiran kepimpinan (possess leadership) kualiti seorang ahli profesion (professional qualities);
  3. Mampu menyumbangkan (able to contribute) segala tenaga dan pemikiran kepada bidang pentadbiran, pengurusan dan pembangunan tanah, dari aspek negara dan global; 
  4. Mampu bertugas dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang dan budaya;
  5. Mampu mencapai matlamat yang sama berhubung segala kegiatan yang berkaitan dengan tanah



Huraian tambahan

Berdasarkan apa yang dikatakan di atas, setiap pelajar Kursus ini dikehendaki mempelajari –
  • Bagaimana tanah boleh digunakan
  • Bagaimana tanah boleh dibangunkan
  • Bagaimana tanah perlu dipulihara
  • Bagaimana hasil dari tanah akan dikutip / diperolehi
  • Bagaimana pertikaian mengenai tanah diselesaikan
  • 4 jenis utama fungsi pengurusan tanah
Sumber daripada Prof.Salleh Buang :
Kami mendapatkan nota-nota ini daripada beliau sendiri dimana beliau telah mengajar kami ketika kami di tahun 1 untuk subjek "Introduction of Land Administration and Development"


Sedikit info tentang beliau :


Beliau dahulunya berkhidmat di Pejabat Ketua Peguam Negara di Kuala Lumpur sebelum menjadi Peguambela & Peguamcara, menyertai sektor korporat dan akademik. Pada masa ini, beliau merupakan Konsultan sepenuh masa, penulis dan kolumnis mingguan di dalam akhbar “New Straits Times”. Beliau terlibat secara aktif di dalam memberikan ceramah umum dan latihan kepada sektor awam dan swasta.  Pada masa ini, beliau mengajar pelajar-pelajar sarjana yang mengambil program luar kampus yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Malaysia



Takrif “Tanah” Kanun Tanah Negara (KTN) seksyen 5





Istilah “tanah” bagi maksud Kanun Tanah Negara merangkumi :


}  Permukaan tanah & apa yang ada di situ (The surface of the earth and all substances forming that surface);
}  Tanah bawah tanah & apa yang ada di situ (The earth below the surface and all substances therein);
}  Segala tumbuhan pada atau di bawah permukaan tanah (All vegetation and other natural products on or below surface);
}  Segala benda yang melekap pada tanah (All things attached to the earth or permanently fastened to  anything attached to the earth, whether on or below surface); dan 
}  Tanah diliputi air (Land covered by water).